Ayam penyet
Ayam penyet

Ayam penyet

Ayam penyet (Jawa: ‏ꦄꦪꦩ꧀ꦥꦼꦚꦺꦠ꧀code: jv is deprecated ‎) adalah hidangan ayam bangsa Jawa berasal daripada negeri Jawa Timur yang terdiri daripada ayam yang dihempuk dan digoreng disajikan dengan sambal, potongan sayur-sayuran, tauhu goreng dan tempe. Jenis ayam penyet paling popular adalah ayam penyet daripada ibu bandar negeri Jawa Timur, iaitu bandar Surabaya.[2]Ayam penyet terkenal dengan sambal pedasnya, yang dibuat dengan campuran cili, ikan bilis, tomato, bawang merah, bawang putih, belacan, asam jawa dan jus kapur. Seperti namanya, campuran itu kemudian dihancurkan menjadi pes untuk dimakan bersama hidangan.[3]Berasal daripada Jawa Timur, ayam penyet pada masa moden ini boleh pula ditemui dekat pelbagai negara, pentadbiran, dan negeri yang ramai dengan bangsa Jawa; merangkumi pula negeri Johor dan Selangor di Malaysia.